HAVE YOU ENJOYED?

Wanita Untuk SUAMI

Assalamualaikum.........


Saya merupakan seorang WANITA, merupakan ANAK kepada abah dan emak, ADIK kepada 4 orang abang, KAKAK kepada seorang adik, dan saya bergelar ISTERI untuk seorang lelaki, bernama SUAMI :-)




Our lovely photo, 30th April 2011


Memetik daripada sebuah buku motivasi :-


Wahai puteriku, engkau telah menghadapi hidup baru. Hidup yang bapa dan ibumu tidak mendapat tempat, begitu juga salah seorang daripada saudaramu. Dalam dunia ini, engkau telah menjadi teman setia suamimu. Suamimu tidak akan redha ada orang lain yang ikut campur dalam urusanmu dan suamimu.


Jadilah seorang isteri baginya, dan jadilah seorang ibu baginya. Jadikan dia merasakan bahawa kamu adalah segala sesuatu baginya dalam hidup.Ingatlah, bahawa seorang lelaki adalah seorang bayi yang besar. Hanya sedikit kalimah yang manis yang akan membahagikannya. Jangan sesekali menyebabkan dia merasa bahawa pernikahannya denganmu telah menghalangmu dari keluarga dan kerabatmu. Sesungguhnya perasaan seperti seperti ini juga dirasakan oleh suamimu, kerana dia juga telah meninggalkan keluarga dan kerabat untukmu. Hanya berbeza perasaan lelaki dan perempuan.


Perempuan selalu rindu kepada keluarga dan rumah tempat dia dilahirkan dan dibesarkan. Namun perempuan harus membiasakan diri dengan kehidupan yang baru. Dia harus berusaha mengatur hidupnya bersama lelaki yang telah dipilihnya sebagai suami, pelindung, dan ayah kepada anak-anaknya. Inilah duniamu yang baru.


Cintailah suamimu selamanya, hiduplah bersamanya dan jalani hidupmu dengan bahagia selamanya"




Bila membacanya, membuatkan saya tunduk.Benarlah, betapa besarnya SUAMI di sisi seorang isteri.


Alhamdulillah, melalui zaman percintaan selama 3 tahun 7 bulan, dan kemudiannya berkahwin:-). Syukur dipertemukan dengan ' the coolest man in the world'!!!...


Yes, I need him, as my husband, and I need him as my best friend.
We shared a lot, and he is very understanding......:-)


Memahami saya, menerima saya seadanya, menyayangi saya, bersama saya, menjadi tempat luahan masalah, dan meminjamkan bahu untuk saya menangis.


To dy, LOVE U k ????




From,


Wife :-)

2 comments: