HAVE YOU ENJOYED?

Punca Anda Terjerat dengan HUTANG !!



Sumber : Majalah Harmoni, Jun 2012


Salam…

Yesterday, I bought a magazine “ Harmoni”, sbb cover depan adalah Ally Iskandar & wife. Mereka sangat cute.

CINTA JARAK JAUH ERATKAN ALLY & FARAH
                                 =
CINTA JARAK JAUH ERATKAN RIZAL & FIZA, kih kih…


Today, Im going to share with u, an article that I’ve read. 

Topic : as per above.


Biar papa asalkan bergaya !!. Mari tengok situasi yang sering berlaku atau mungkin berkaitan dengan diri. Check it out guyssss!!

SITUASI 1 : MAJLIS PERKAHWINAN BESAR-BESARAN

Realitinya :

‘Tetamu pulang dengan hati gembira, dan kami puas hati. Makanan sedap, pakaian cantik, hiasan ada kelasssss. Kami berbelanja besar sebab sekali seumur hidup. Tapi, bila segalanya selesai, fikiran kami sakit kerana memikirkan hutang yang bertimbun. Biarpun kami telah berkahwin, kami jarang berjumpa kerana buat OT nak bayar hutang'.

AMARAN !

Berbaloikah majlis perkahwinan itu, hingga sanggup meminjam puluhan ribu ringgit, hanya ingin nampak hebat? Tetapi, hutang itu membelenggu kehidupan ??

DAN SAYA :

Alhamdulillah, saya dah kahwin. Masa mula-mula nak kahwin, fikir gak, “ mana nak cekau duit ni ??”. Kena pulak dengan x pandai menyimpan sebelum berkahwin ( Selepas kahwin, baru diajar untuk menyimpan, kih kih, thanks to En Rizal, sedarkan isteri dia ).
Bertunang pada bulan 12, dah kahwin pada bulan April tahun berikutnya. 4 bulan tu, cukupke nak kumpul duit?? Pernah fikir nak buat loan untuk kahwin, tapi, macam-macam reaksi yang saya terima. Antaranya :

Bakal suami : " Tak payahlah, guna je duit yang ada. Guna sikit-sikit duit gaji"
Akak ipar : " Tak payahlah buat loan, kang nanti anak 3, x abis2 membayar2 hutang kahwin"
Kawan-kawan : " Kalo rasa mampu nak bayar, buatla, tapi rasa berat nak membayarnya"

dan macam-macam reaksi lagi. 

Maka, apa yang kami lakukan:

  • Saya ada simpanan ASB, hampir 1K, so, saya kuarkan sedikit demi sedikit, tak sampai habis pun, heheh. 
  • Kemudian, duit gaji tu, saya peruntukkan dalam RM 500 sebulan untuk beli barang-barang kawin. Start dari bulan Dec 10- April 11, so, guna dalam RM 2500. Alhamdulillah, cukup.
  • Nasib ada adik beradik yang baik hati,saudara mara, sedikit2, ada barangan yang ' disponsor'
  • Mak dan abah pun kuarkan duit gak. Mak dapat duit undi, hehehh:-). Abah ada pencen, ada elaun Imam. Mak cakap ' nasib abah awak ada sumber pendapatan, boleh la tolong sikit-sikit'
  • Suami pula : Alhamdulillah, dia pun x buat loan. Sebelum tunang tu, rezeki dia dapat kuarkan duit EPF sebab dia amik Skim Pencen. Adalah dalam amaun tertentu. Lepas untuk duit hantaran dan kenduri belah laki.
  • Selain itu, suami saya bekas pemain bola negeri. Beliau buat 2 kerja. Selama 5 tahun wakil negeri, beliau mengumpul duit. Bila saya tanya " Mcm mana leh kumpul duit banyak2 ni ?. Jawapan beliau " Memang start2 kerja dan main bola, dah bahagikan duit untuk ' makan', ' shopping', dan juga duit untuk kahwin" . Saya tanya dia " kumpul duit kawin tu sbb nak kawin dengan gf lama ke?"  Dia jawab " Masa tu x terpikir siapa bakal isteri, tapi sedar dari dulu, nak kahwin, kena ada duit" :-).
Majlis kahwin kami, biasa-biasa sahaja. Namun, MERIAH. Takpelah, itu yang mampu kami berikan. Ramai memuji makanan yang dimasak itu sedap. Syukur.

Bila selesai majlis kahwin, masing2 dah kekurangan duit. Ish2. Nasib jumlah yang jemputan berikan agak memberansangkan, maka mak bagi saya sedikit. ' Nah, amik duit ni'. Yeeehaaaa, ada duit !!!. Duit tu kami gunakan masa pi honeymoon kat Tioman. Dah pi sana, xsedap pulak kalo x beli apa-apa kan??

Itu, kisah kawin kami, anda, bagaimana??

SITUASI 2 : CAJ KAD KREDIT

Realitinya:

'Seronok rasanya kerana semua urus niaga tidak menggunakan wang tunai. Bagi saya, berbelanja kad kredit ni, mudah sahaja. Namun, kini berbeza. Saya hampir diisytihar muflis kerana lima kad kredit telah mencapai limit. Hidup tak tentu arah dikejar bank'.

AMARAN!!

Memang benar, kad kredit ada kalanya menjadi penyelamat. Namun, tidak ramai yang bijak menggunakannya.Ia adalah perangkap hutang yang paling berbahaya.

DAN SAYA!!

Saya tidak mempunyai kad kredit, dan tidak mahu terjebak dengan kad kredit. Saya kenal diri saya. Maka, kalo ada, semakin galak la saya 'swipe' sesuka hati. Maka, jalan penyelesaian, TAK PAYAH PAKAI.

When it comes to hutang, kalo banyak2 hutang, memeningkan kepala. Betul x? To let u know, saya hanya ada 2 loan sahaja yang perlu saya bayar tiap-tiap bulan. 

Pertama: Kereta, less than RM 500, dan
Kedua : PTPTN loan, RM 180.

Yang lain-laian, adalah perbelanjaan tetap bulanan, seperti insurans, broadband, bil and etc.

Untuk mereka yang ada kad kredit, maka, harus bijak menggunakannya. Namun, saya sedar diri. Saya tidak bijak menggunakannya.

SITUASI 3 : SAYA MESTI MILIKI RUMAH INI

Realitinya : 

' Ramai menyuruh kami segera membeli rumah sebelum harga naik. Maka, kami beli. Kami buat pinjaman, dan kuarkan simpanan kami. Tambah lagi dengan renovation. Namun, kini, hutang semakin bertambah, dan kami tak mampu membayarnya. Bank lelong rumah kami '.

AMARAN !!

Pastikan anda membeli rumah sekiranya anda mampu dan bersedia terhadap komitmen tersebut. Komitmen rumah sangat tinggi.

DAN SAYA!!

Saya belum mempunyai rumah. Namun, suami saya sudah membeli rumah di Melaka sebelum kami berkahwin lagi. Bagus, muda2 dah ada rumah. Walaupun bukan rumah yang mahal, tapi SYUKUR, ada gak tempat untuk berteduh. Rumah teres sahaja, 3 bilik tidur, dan 2 bilik air. Ok la tu kan? Sebelum tu, ada buat renovation. Maka, bilik tidur kami luas dan besar. 

Saya turut berhajat untuk membeli rumah, tapi ada syarat yang diberikan oleh suami: 
 ' Stabilkan dulu kehidupan, menetap di Melaka, baru beli. Beli kat area Durian Tunggal, ramai student nak sewa'. Insya Allah, suatu hari nanti.

SITUASI 4 : SAYA PERLU JAGA IMEJ

Realitinya : 

' Setelah bertungkus lumus belajar, saya mempunyai pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan saya. Pegawai tinggi, perlukan personaliti yang hebat.Gaji besar, tetapi kesempitan wang. Wang tersebut saya belanjakan beli baju berjenama, makan tempat mewah, ansuran kereta mewah, dan sebagainya'.

AMARAN !!
Jawatan tinggi tidak menjamin kewangan yang sihat.Jangan bandingkan kehidupan diri dengan orang lain.

DAN SAYA !!

Saya menghargai setiap duit gaji yang saya dapat. Penat lelah kerja, campur stress, berbaloi tgok gaji masuk RM 2000++. Syukur rezeki yang Allah berikan. 

' Kerja pensyarah, gaji mesti besar, kereta mesti besar, barang mesti berjenama, dll'

Tapi, hakikatnya, kereta saya kecik je, cukuplah nak bawa ke hulu ke hilir. Beli kereta selepas 3 bulan jadi pensyarah. Takpela, kecik2 dulu, besar2 kemudian, INSYA ALLAH. Baju saya tidak berjenama, baju RM 5 pun saya sanggup pakai. Tapi, saya meminati handbag yang ada jenama, kerana tahan. Ala, dalam RM 100++, pakai lama, berbaloi kan??

Ada kalanya, saya sangat berkira dalam membeli. Teringin nak beli HP mahal-mahal. Tapi, sedar kemampuan diri. Takpelah, sedar kemampuan diri. Saya tidak memakai smartphone, tapi student2 saya lg upgrade dari saya. Takpelah, rezeki kamu. Saya masih setia dengan HP Nokia E61. Lebih 3 thn bersamanya:-)

Makan mewah?? Bukan selalu. Sebulan mungkin sekali atau 2 kali. Tu pun fast food. Apatah lagi, bila teringin sahaja.

Maka, penting. UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.

Saya bukan seorang penyimpan simpanan tegar. Tapi, saya dapat melihat perubahan dalam diri saya sendiri.Kalo dulu, beli je la apa2 barang pun, tak ingat nak menyimpan.Dah nak akhir bulan, mula la gelisah ' Bila lah nak gaji ni'.

Manusia melalui tahap kematangan. Ye, selepas kahwin, saya mula belajar menyimpan. Saya simpan dalam RM 100-RM 200. Better ada dari takde kan?. Saya start bayar PTPTN secara tetap. Dan kalo ada claim pada bulan tertentu, awal2 saya tolak masuk ASB. Kalo ada je dalam akaun bank, selagi tu nak bershopping je. Bonus tahun lps, saya simpan, dan keluarkan untuk bayar duit belajar. Bonus bulan ni, saya simpan. Ye ye, suka tengok buku ASB ada duit ribu-ribu !!!...

Guys, sharing is caring. Apa yang baik, kita kongsi bersama. Nite, ZZZZZZZ








2.        

No comments:

Post a Comment