HAVE YOU ENJOYED?

Kasih Allah Untuk Kita

I've read this.To share with u guys!


Allah mengizinkan kita untuk disakiti..
Agar kita tahu cara untuk mengubati hati yang terluka

Allah membuat kita menangis..
Agar esok kita mampu menghibur hati yang bersedih

Allah menjadikan kita manusia dengan kelebihan dan kekurangan..
Agar kita sedar dan tahu makna BERDOA dan BERUSAHA

Sesungguhnya Alah menjadikan segalanya indah pada waktunya..

Sesekali kita perlu DERITA untuk kenal erti BAHAGIA..
Sesekali kita perlu KECEWA untuk kenal erti BERJAYA..


Memang benar, disebalik kesulitan, kesusahan, kepayahan dan penderitaan, pasti suatu hari kejayaan dan kesenangan. Saya yakin, Allah itu Maha Adil, Maha Mengasihani hambanya....

Salam........... 

Bedroom !!

Salam...


BEDROOM !!..

Yeah, today's entry is about bedroom. For everybody, bedroom is a place to relax.

Actually, we r n in the progress of decorating of our bedroom. After 1 year of marriage, i didnt make any changes to our bedroom, and it looks dull, unlively and etc....
Tak ceria langsung.

Until one day I told my husband 

" Jom la deco bilik ni, x best la ! Dah nak duduk dekat2 ni, boleh spend banyak masa kat Melaka"

And of course, my husband said " OK..Suka ati"

( One of the best thing bout my husband " Jarang mengatakan TIDAK " )

Yes, when we have a WONDERFUL bedroom design, for sure it will give us a relaxed after work. Ni tak, asal balik Melaka weekend je, design deco semua sama.

 Tak best. Tak mengancam. Huhuhuhu.

My theme for our bedroom is : 

To create a sweet and adorable atmosphere that will bring us enjoyment at any time. Marriage life, of course la, we need to enjoy to the MAX !! 

I'm not so creative when it comes to design and deco. But, i did some research, by referring to d ideas from internet.

Guys, take a look of DULL & UNLIVELY bedroom in Melaka :::: 

Before 


Tirai masa kahwin, dah setahun still x bukak2. Di sebalik tirai, dinding berwarna Lavender


Tu bunga, tirai, cadar :: Bukan idea saya. But d ideas came from his auntie n my MIL


I can say, d tradition of my MIL and my huband's grandma :
Mesti kena warna kuning, and have d strong reasons for it ( I cannot tell u guys of why they keep yellow. Bukan sahaja di bilik, tapi semua ruang, perlu ada KUNING ")


A bit bersepah, hehhe :-) Balik pun x selalu, so, mood rajin nak mengemas sedikit kurang. Most of d time, my husband yang akan kemas. And he told me banyak kali 

" Kamu balik, barang-barang kamu yang bersepah " . " Ye, saya mengaku 


Tile, pink in colour. Before we got married, my husband renovated his house. Dan as per my requested , I love PINK . So, sila catkan warna pink. And during dat time, my husband replied : 

 " Warna pink tu warna pondan. Baik tile pink. So, pink match dgn purple. So, dinding warna purple "


Ruang kosong di sini


 We have our own store dalam bilik.


Some of the pictures taken. Heheheh. So, sangat dull dan tak best kan? We have a big room, but we do not appreciated in, RUGI kan????

1st thing we did was :

1. Cat balik dekat dinding yang warna light purple. So i called my husband after I did browse d website of Nippon Paint

" Abg, pi kedai Nippon Paint, beli cat warna Ashley Pink or Violet Petal . Tengok sikit yang mana lawa tau !

Keesokkan harinya:

" Dah beli, Ashley Pink.. Kualiti, RM 94.

Me : Lorr, cepatnye, ok x colour tu, sesuai tak, cantik x?? Nape cepat sangat beli??? ( Nada cemas + nak marah )

Him : Dah beli dah ..

Me : Sedikit merajuk

And of course, my husband jadi tukang cat. He kept telling me and texting me : 

" Cantikla, kena dengan warna Lavender tu. 

That time, I was in Kluang for spending my weekend with my parent. 2 minggu berturut2 di Kluang. Dalam hati terdetik 

" Entah macam mana la bilik aku ni !

I did a lot of research in decorating our bedroom. Yang mana best, akan ditiru. 

Take a look of the photos from several websites :

 



Idea 1 : Wall shelving ideas. Nice huh? ( Sorry, Pixel pecah)



Idea 2 : Bedroom setting/ layout.


Idea 3 : Canning jars and flowers. Cute. I am thinking to use recycled jar. So, sape ada botol2 kaca x pakai, kindly give it to me plzzzz

Last Friday, I went back to Melaka. Menemui suami tersayang. On Saturday, we went to Mydin Mall, MITC. Ohhh, i love to go there, esp nak2 raya.

I managed to buy several items for our bedroom. We were looking benda yang murah2, tapi cantik.


Selepas di transformasikan. Baru 30 % siap. Dinding nak letak frame, macam2. ( One side of d corner)


Shaggy carpet, RM 100. Pilih this colour since our furniture dark brown in colour. 


Curtain from Giant. RM 30++. My MIL told me " Nape x beli sekali langsir pintu ??
Salahkan anaknya, yang kata TAK PAYAH BELI

Btw, last Saturday, we went to Tesco. Alooo, kat Tesco, curtain macam ni, RM 20++...Sungguh geram


Husband nak sangat, so, we bought it. Rm 20++


I love pink!!!

  
Wall shelf.. My husband nak cat dulu.


Suamiku penolak troli..Yeeehaaa!!!


Uh, cant wait to see d outcome. This Friday, I'll be going back to Melaka for Raya. Giliran tahun ni di Melaka. 

A lot of things x settle.

1. Gantung frame
2. Ubah kedudukan susunan perabot
3. Kemas store
4. Banyak lagiiiiiiiiiiiiii !!!

Wait for d outcome. If berjaya, mahu decorate living room pulak !!!

Salam, goodnite

10 MALAM TERAKHIR

Assalamualaikum...........

Hari ini, tibalah kepada 10 malam terakhir Ramadhan. 
Sungguh cepat masa berlalu. Tup-tup, dah 20 Ramadhan.

Di sini, saya ingin berkongsi berkenaan  10 malam terakhir Ramadhan




Setiap kali bulan Ramadhan, selalu kita mengimpikan untuk menemui malam yang cukup istimewa, Malam Lailatul Qadar. Dimana menurut banyak keterangan bahawa Malam Lailatul Qadar itu terjadi pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.

Dimana d imalam itu lebih baik dari seribu bulan, dengan kita beribadah di malam tersebut. Dan bukankah disetiap hari itu baik, asalkan kita isi dengan berzikir kepada Allah SWT.
Malam Lailatul Qadar sering di sebut malam seribu bulan, bahkan kalau yang melakukan ibadah di malam tersebut pahalanya sama dengan ibadah seribu bulan.

 Firman Allah SWT: 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. 
(al-Qadr: 1-5).

Sayyid Qutub dalam tafsir Fi Dzilalil Quran menyatakan, malam Lailatul Qadar bermandikan cahaya Allah, cahaya malaikat, dan cahaya roh sampai terbit cahaya fajar. Rasulullah saw. menyuruh kita menghidupkan malam itu,

”Barangsiapa bangun untuk ibadah di malam Lailatul Qadar, dengan iman dan harapan, akan diampuni dosa-dosanya yang lampau.”

Apakah Lailatul Qadar?

Makna Al-Qadr, menurut sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Di sini dapat kita fahami bahawa Malam Lailatul Qadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan Allah serta Allah akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadat pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, Lailatul Qadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya.

Bilakah Berlaku Lailatul Qadar?
 Sabda Rasulullah SAW: 

Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. 
(riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, 2017)

Dalam sabdanya yang lain baginda SAW menyebut: 

Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. 
(riwayat Muslim di dalam Sahihnya, 1165).
 
Daripada kombinasi hadis di atas dapat kita simpulkan bahawa, kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula 10 malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.

Rakan-rakan sekelian,  semoga puasa kita diterima olehNya. Semoga kita berjumpa lagi untuk Ramadhan yang akan datang. Insya Allah


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Salam...

Guys, good news to share with all of u....
Isnin lepas, i've checked my UKM result. Sepatutnya released 1 Ogos 2012.
Almost everyday dari 1 hb, check result thru UKM SMPWeb & SMS.
Jawapan yang sama diperolehi " Keputusan peperiksaan belum dipaparkan".

Uish..." Bila nak keluar ni". UTm & UPM dah lama released results...

Oh, SABAR separuh daripada IMAN. 
Dan saya percaya.
Saya tetapkan hati, INSYA ALLAH, segala usaha yang dilakukan pasti akan mendapatkan balasan.

ISNIN : 6 Ogos 2012.

Dalam hati " Eh, dah keluar ke belum ni...??
I typed my matriks no, n pword, then clicked @ Keputusan peperiksaan :

Ya Allah, syukur...
.Guess what did i get for my Sem 1??
Hahhahahah.....let it be secret.
Tapi, belum pernah dapat result yang sekencang ini. Even masa degree, paling terer dapat pun 3.87, tu pun masa Final Sem.

First person, I called was my mother. 

Me : Mak, dah dapat result UKM.
Mak : Berapa dapat ??
Me : &*&*&*...........
Mak : Result mcm tu cemerlang ke??
Me : Ye la mak, pointer paling penuh 4.0.
Mak : Syukur, tahniah....

Hahhaha...

Next person I called was my husband. That time, I was merajuking with my husband. I didnt reply my husband's msg, didnt pickup his call " MERAJUK KONON "

Me : Dy, dapat result dah.....Hm.....
Him : Aik, bukan tadi merajuk ke??
Me : Hm........sampai ati. Cuba teka result dapat berapa??
Him : Entah, terer ke x????
Me : Biasa2 je.
Him : 2.8 kot??
Me : Lorrr, sikitnya. Syg dpt **&*( la...
Him : Oh, ok !!

Tu share with u, frankly speaking, I'm not an intelligent person. Seriously, Im not really smart in my studies. I have 4 brothers and 1 sister. There are smart in their own way. Belajar sikit2, tapi result gempak. Lagi-lagi my brothers, esp my 4th brother. ( U know who you r !!). Belajar sikit, tapi still bole score. Compare to myself, if belajar sikit, for sure result pun sikit. 

One thing about me in studying is :

SAYA RAJIN

 Itu petuanya. When it comes to exam, memang saya berusaha bersungguh2 belajar, ulangkaji, buat latihan n etc. Saya buat preparation betul2. When i did my degree, result untuk 3 semester pertama sangat2 tak best. Tapi, untuk 3 semester terakhir, ( Sem 4,5,& 6),  saya score. Syukur. Petuanya masih sama : KERAJINAN

Saya bukan seorang yang cepat berpuas hati tentang sesuatu. Lagi2 bab buat assignment. Saya mencari, memahami point2 penting dalam melaksanakan tugasan yang diberi. Ada je benda x kena. 

Example :

" Ala, point ni macam x cukup la "
" Eh, banyak nye point penting x masuk"
" Macam ada x kena je dengan jawapan ni "

Itulah saya.

Untuk semester lepas, banyak kerja berkumpulan. Alhamdulillah, dapat group member yang best. Azwa, Achik, Fetty n Kak Su. Memamg pening buat2 ni semua. Sampai2 demam. Lagi2, final editing tanggungjawab saya. Tapi, syukur kerjasama anda. Mereka semua dah tau, bgmana cara saya lakukan kerja2 ni semua. Selagi x puas, selagi tu kena betulkan.

Dan lagi, saya x suka menghasilkan kerja yang " cincai ". That's y, saya sangat pantang apabila student2 saya buat kerja cincai, copy paste...Becoz, kerja yang cincai dr segi psikologinya telah mencerminkan diri kita sendiri. Saya xmahu pensyarah2 saya ckp " Teruknya budak ni, tak kemas langsung kerjanya". Itu yang saya elakkan.

Lastly, saya percaya, di setiap kesusahan yang dihadapi, pasti ada kesenangan. Kesusahan saya berulang alik berabis duit di balas dengan keputusan cemerlang.

Semester 2 akan bermula lagi sebulan. I've done with my Thesis proposal time cuti 3 bulan ni. Masih menunggu feedback dr supervisor, Dr Ruslin. Untuk sem akan dtg, saya mahu kekalkan kecemerlangan ini. Insya Allah.

Semoga Allah memudahkan perjalanan pembelajaran saya. Semoga Allah memakbulkan doa2 saya. Semoga  
cita-cita saya untuk mencapai tahap " Professor " tercapai. Saya cintakan dunia pendidikan. Saya mahu berbakti kepada anak-anak bangsa saya. Saya mahu ilmu saya dikongsi bersama.

INSYA ALLAH...

Terima kasih